pagi tadi.. setelah 19 tahun tukang tulis hidup di dunia yang indah ini.. tukang tulis disuruh mak untuk belajar mengayam ketupat.. satu kejutan sebenarnya kerana selama ni, mak tukang tulis guna ketupat instant je.. mudah dan lazat.. tukang tulis pernah belajar mengayam ketupat dengan atok sebelum ni.. tapi mungkin kerana kekurangan bakat atau fokus (masalah sama dalam kelas), sampai ke hari ini, tukang tulis tak pernah berjaya menyiapkan walaupun 1 kelongsong ketupat.. jadi,dengan azam yang tinggi, tukang tulis duduk di sebelah mak..
kiri ni masuk bawah
kanan macam ni
pastu amik yang ni
masuk kat sini
bukan bukan..bukan macam tu
yang ini masuk kat sini
awak buat macam name ni?
salah ni
mak ada tiga kenapa kaklang ade 2 je?
kaklang dah salah buat ni
macam ni
tengok betul-betul
dan ayat-ayat di atas diulang-ulang sekurang-kurangnya 5 kali.. dan sekurang-kurangnya 10 kali tukang tulis cuba mengayam.. setelah setengah jam..
aaahhh!!!!
mungkin bukan takdir tukang tulis untuk menjadi tukang anyam ketupat yang berjaya.. tukang tulis sangat-sangat bersyukur sebab dilahirkan dalam era 'instant' ini.. kerana adanya ketupat 'instant'.. akhirnya, 50 kelongsong ketupat disiapkan di mana 0 daripadanya disiapkan oleh tukang tulis.. T_T

No comments:
Post a Comment